Sunday 26 June 2016

TIMBALAN PRESIDEN PKR KUTUK PAS

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui komunikasi dengan pucuk pimpinan tertinggi PAS berdepan kesukaran kerana parti Islam itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku.

“Saya sedikit kecewa kerana ada pucuk pimpinan tertinggi PAS lupa prinsip paling asas pakatan. Ini perkara berbahaya, kami perlu saling menghormati bukan hanya melindungi idea dan pendirian sendiri,” kata Timbalan Presiden PKR itu dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.
Melayu Berwawasan at 10:00 PM

rujukan:


http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/azmin-kecewa-pas-lupa-prinsip.html?m=1

Saturday 25 June 2016

AL-FATIHAH

Innalillahiwainnailaihirojiun dan sedekahkanlah Al-Fatihah dengan ikhlas kepada Prof Izzi Hj Ali, Pakar Motivasi meninggal kerana di serang strok.
SHAH ALAM - Pakar motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi telah kembali ke rahmatullah pada 12:45 tengah hari tadi di Hospital Alor Setar, Kedah.
Berita duka ini dimaklumkan oleh anak saudaranya, Abdul Muein Abadi, 28, kepada Sinar Online sebentar tadi.
"Beliau (Allahyarham) telah diserang strok seminggu yang lalu.
"Jenazah akan dikebumikan dalam masa terdekat dan akan dikebumikan di Terengganu,"

Friday 24 June 2016

DUA M FORMULA PRU14...

Alhamdulillah akhirnya UMNO telah membuat keputusan untuk memecat TSMY dan MM. 

Mereka inilah petualang sebenar dan selepas ini ahli UMNO dan kepimpinannya boleh melantik pemimpin yang lebih baik dan berwawasan.

Apa yang lebih penting susah dan senang sama diharungi. Dinasihatkan kepada mereka yang mempunyai niat menjatuhkan sesiapa dalam parti agar mengambil tindakan yg betul dengan jalan demokrasi. 

Jauhi sifat meninggi diri dan elakkan dari mengambil tindakan sesuka hati tanpa sebarang bukti seolah olah mereka menjadi lidah pembangkang.

Jika kita melihat pada situasi sekarang Kepimpinan DS.Najib Razak telah melakukan satu tindakan yang amat bijak dalam menghadapi PRU 14 nanti.

Mengapa 2M ini terpaksa dibuang dari ahli UMNO? Jika dikaji sedikit tentang tokoh M ini kita telah ada sejarah terhadap KECURANGAN ahli yang bernama M. dibawah saya strukturkan balik kronologi M yang keluar masuk ahli UMNO.


Wednesday 22 June 2016

PENEROKA FELDA:RAPIJI DERMA RM500 KAH?

PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan insentif Aidilfitri berjumlah RM500 kepada 99,046 peneroka FELDA di seluruh negara.
 Najib berkata, insentif keseluruhan yang berjumlah RM49.523 juta adalah untuk meringankan beban kewangan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Beliau bagaimanapun menjelaskan peneroka tidak lagi bersama FELDA dan mereka yang melakukan urusniaga tanpa kebenaran FELDA serta menyamannya, tidak layak mendapat insentif berkenaan. Najib membuat pengumuman itu ketika berucap pada Program Ihya Rahmat Ramadan Warga FELDA bersama Perdana Menteri peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Semai Bakti FELDA Chini Timur 3 di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir, Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Datuk Abu Bakar Harun dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.




PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan orang ramai pada Program Ihya Rahmat Ramadan Warga FELDA bersama Perdana Menteri peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Semai Bakti FELDA Chini Timur 3 di Pekan, sebentar tadi. - Foto Farizul Hafiz Awang





Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/167208

Monday 20 June 2016

WANITA INI TIDAK "PUAS" DENGAN SATU....

Selepas Manikavasagam PKR ditahan SPRM. Kini Zuraida Mak Lampir pula. Gaji MP yang baru RM16k. Agak-agak sepadan tak dengan pendapatannya. Belum masuk rumah dll. Terbaru Zuraida dalam kenyataan medianya mencabar orang yang membuat pendedahan kekayaannya tampil sebagai "anak jantan". Dulu bkn main dia terpekik mcm betina tak puas main mendakwa PKR itu bersih dan suci? Kutuk dan keji NFC dan Zahida Rafik hal dana RM1.5 libatkan Shafie Apdal. kali ini terpalit ke muka dia..
Ini dulu pendedahannya.. 9 kereta milik Zuraida...
1. BNT9138 - KERETA MERCEDES BENZ S280
2. BAT1111 - KERETA TOYOTA VELLFIRE
3. WTY575 - KERETA MERCEDES BENZ C200
4. BHT63 - KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G
5. W2956U - MOTORSIKAL DEMAK EX 90
6. W6901J - KERETA HONDA CIVIC HYBRID
7. WWA276 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
8. WTY1547 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
9. WRL575 - KERETA VOLVO XC90 2.5T

Mengejutkan! BNT 9138, Sebuah KERETA MERCEDES BENZ S280 didaftarkan atas nama sebuah syarikat cina iaitu ;

Hanspec (M) Sdn Bhd
Suite 6.01 6th Floor
MENARA TKSS NO 206
JALAN SEGAMBUT
51200 KL

PUNCA PENYAKIT RAFIZI...WANITA INI KAH?

Mat Meon Tertarik dengan penulisan ini...jika bukan kita yang baca siapa lagi...

Disalin Kembali dari blog ini:
http://rizuanmh.blogspot.my/2016/06/rafizi-hidap-penyakit-ganjil.html


Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli menyifatkan keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berpunca daripada dua penyakit yang menghinggapi para pengundi iaitu kebendaan dan sentimen agama dan perkauman.

Mari kita tanya Rafizi, jika kebendaan itu satu penyakit, apakah puncanya?

Dalam konteks ini, kebendaan yang dimaksudkan oleh Rafizi bukanlah penyakit keduniaan tapi sebenarnya merujuk kepada keperluan-keperluan dalam kehidupan rakyat hari ini yang sedaya mungkin cuba ditunaikan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Kebendaan-kebendaan itu bukan sesuatu yang melalaikan tetapi membantu memudahkan urusan kehidupan orang ramai seperti sekolah, masjid, jambatan, universiti dan sebagainya lagi. Jika ia dianggap penyakit, apakah puncanya? Sudah tentulah puncanya ialah keperluan atau kehendak masyarakat di sesuatu tempat itu sendiri untuk menikmati kehidupan yang lebih baik seiring dengan pembangunan negara.

Dan jika agama serta perkauman itu dianggap penyakit, apakah pula puncanya? Mari kita tanya Rafizi, dia hidup di mana?

Dalam konteks negara ini, kita tidak akan dapat lari daripada bercakap tentang perkara agama dan kaum kerana teras pembinaan negara kita ini sendiri berpaksikan kepada dua aspek ini. Kedua-duanya sama penting, sama mustahak! Justeru kenapa ia dianggap sebagai penyakit?

Di kedua-dua parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar itu bahkan para pengundinya terdiri daripada majoriti orang Melayu yang beragama Islam. Sudah semestinyalah mereka akan mengambil kira dua faktor tersebut - agama & kaum - ketika membuat pilihan kerana kedua-duanya berkait rapat dengan kehidupan mereka. Mereka mahukan jaminan terbaik kepada agama dan kaum mereka, sama seperti di mana-mana tempat lain di negara ini. Sementelah pula, kedua-duanya sudah sedia terpahat dalam perlembagaan!

Dan setakat ini, hanya Barisan Nasional yang boleh menjamin hak setiap agama dan kaum dipelihara sebaik mungkin.

Jadi apa yang penyakitnya? Adakah mengambil kira hak agama dan kaum ketika memilih bakal pemimpin adalah suatu tindakan berpenyakit? Jika demikian, saya rela menjadi orang yang sakit asalkan agama dan kaum saya terpelihara.

Sekarang siapa sebenarnya yang sakit?

Sunday 19 June 2016

Kuala Krai Dalam Ingatan....2016

Saya berpuas hati dengan taklimat kemajuan projek Hospital Kuala Krai di Kelantan yang telah siap 53 peratus (Perdana Menteri Malaysia)
Projek ini amat penting kerana apabila siap pada tahun hadapan, penduduk Kuala Krai tidak perlu lagi berulang alik ke Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan pakar. Hospital ini akan dapat menampung kira-kira 268 pesakit dan memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik dengan dilengkapi peralatan moden.

Rakyat Kuala Krai Kelantan telah mendapat perhatian dari Kerajaan dibawah pimpinan Najib Razak apabila dihadiahkan Hospital yang lebih baik dari sebelumnya setelah terlibat dengan kemusnahan bencana alam sebelum ini.